Tidak seperti sesetengah kemas kini lalu kami, kali ini kami memutuskan untuk fokus secara eksklusif pada aplikasi mudah alih Bitrix24 dengan meningkatkan dan menambah baik kefungsiannya pada hampir setiap aspek.
CRM Mudah Alih
Sekarang, anda boleh menguruskan klien dan jualan dengan mudah dari telefon pintar anda tanpa perlu bergantung pada versi desktop.
- Saluran paip dan terowong jualan
- Carian dan penapis
- Mod CRM proaktif (peringatan dan pemberitahuan)
- Penjanaan potensi klien (borang CRM, chat langsung, dsb.)
- Telefoni
- Garis masa urus niaga
- Penyediaan mudah alih penuh
Bitrix24.Terminal*
Satu alat serba baru, Bitrix24.Terminal ialah alternatif hebat kepada terminal pembayaran biasa: ia mudah untuk digunakan, berfungsi di mana-mana sahaja dan menjimatkan wang anda daripada membeli peranti fizikal.
Cara ia berfungsi
- Pasang aplikasi Bitrix24 pada telefon pintar iOS atau Android anda dan cipta satu akaun
- Buka Bitrix24.Terminal dan sambungkan pengintegrasi pembayaran tempatan anda
- Apabila klien sedia untuk membayar, masukkan amaun dan jana kod QR
- Klien akan mengimbas kod itu menggunakan telefon pintar mereka dan meneruskan ke halaman pembayaran
- Setelah wang diterima, anda akan menerima pemberitahuan dan klien mendapat bukti pembayaran
Manfaat utama
- Terima pembayaran di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Anda hanya memerlukan aplikasi kami pada telefon pintar anda
- Lebih murah daripada membeli/menyewa terminal pembayaran
- Terima pembayaran tanpa mencipta urus niaga
- Tidak memerlukan integrasi dengan perkakas POS kedai anda
- Boleh dipasang pada seberapa banyak peranti seperti bilangan pengguna dalam akaun anda
- Nombor telefon klien boleh disimpan ke Bitrix24.CRM
* Alat ini sudah disediakan untuk pelanggan kami di India dan Brazil. Akan datang di Sepanyol, Jerman, UK, Perancis, dan Poland.
Slot terbuka dalam Kalendar
Hantar pautan ke kalendar anda kepada klien supaya mereka boleh memilih slot terbuka dalam jadual anda untuk menempah mesyuarat.
- Lebih mudah untuk anda mengatur mesyuarat dengan rakan sekerja dan klien
- Hanya slot masa terbuka akan dipaparkan, Kalendar anda yang selebihnya akan sentiasa disembunyikan
- Peserta mesyuarat boleh memilih masa dan menambahnya kepada kalendar mereka
- Maklumat tentang acara boleh dimuat turun dalam format .ics
Slot terbuka dalam CRM
Jadualkan mesyuarat klien terus dari Bitrix24.CRM anda. Benarkan klien anda memilih slot masa terbuka dalam kalendar anda dan sahkan mesyuarat itu!
- Hantar satu pautan kepada klien, dan mereka akan memilih satu slot masa terbuka dalam kalendar anda
- Setiap kali klien mengesahkan/membatalkan mesyuarat, menukar tarikh/masa dan sebagainya, anda akan mendapat pemberitahuan
- Acara akan disimpan ke CRM supaya anda sentiasa boleh memeriksa mesyuarat tertentu untuk melihat perkembangannya
- Wakil jualan boleh meninggalkan nota mengenai mesyuarat untuk menyimpan maklumat penting dalam CRM
Bitrix24.Sign
Alat e-tandatangan baru daripada Bitrix24 ini membolehkan anda menandatangani sebarang dokumen dalam talian, terus dari CRM anda – dengan pantas dan mudah. Ini satu kemudahan kecil yang akan membantu ejen anda memuktamadkan urus niaga dan membuat jualan.
- Tidak perlu menggunakan kertas dan/atau perkhidmatan kurier lagi
- Tidak perlu menghantar dokumen fizikal berulang-alik
- Kurang risiko untuk membuat kesilapan
- Menjimatkan banyak masa dengan mengisi medan secara automatik dalam dokumen sebelum ditanda tangan
- Tanpa had bilangan dokumen
- Membantu wakil jualan anda untuk memuktamadkan urus niaga dengan lebih cepat
- Mesra alam
TextAssistant AI dan ImageAssistant AI*
Selaras dengan trend terkini, kami memperkenalkan teks dan imej janaan AI dalam Bitrix24! Minta TextAssistant AI ramah kami untuk menulis artikel untuk laman web anda atau cipta imej berkualiti dengan bantuan ImageAssistant AI.
- Ideal untuk pemasaran, jualan, komunikasi dalaman atau untuk suka-suka!
- Menjimatkan banyak masa dan usaha untuk mencipta penulisan berkualiti dan imej profesional
* Alat ini tersedia untuk peranti desktop sahaja buat masa ini. Untuk pelanggan kami di China dan Vietnam, hanya imej janaan AI tersedia buat masa ini
Pelan Enterprise
Pelan Enterprise baru ini memenuhi keperluan perniagaan dan perusahaan besar. Inilah pengalaman terunggul Bitrix24 untuk syarikat anda.
- Daripada 101 hingga 10,000 pengguna
- Hingga 100 TB ruang storan fail
- Infrastruktur pelayan berdedikasi
- Automasi jualan, tugasan dan aliran kerja maksimum
- Pengesahan dua faktor, penyulitan AES-256 dan SSO
- Laporan tugasan, KPI dan penjejakan masa pekerja
- Pelbagai cabang dalam akaun anda
- Keutamaan sokongan pelanggan
Bitrix24.Market baharu
Dengan reka bentuk dan navigasi serba baru, kini Bitrix24.Market memudahkan anda untuk mencari penyelesaian yang tepat untuk meningkatkan prestasi Bitrix24 anda.
- Koleksi aplikasi terpilih oleh pakar kami dan disesuaikan mengikut keperluan perniagaan anda
- Setiap aplikasi kini menampilkan penerangan dan kes penggunaan yang terperinci
- Aplikasi di Bitrix24.Market kini mempunyai penilaian dan ulasan
Akan datang ke Bitrix24 anda
Ini ialah beberapa peralatan yang masih kami usahakan buat masa ini, dengan harapan dapat disediakan kepada anda dalam masa terdekat.
Single Sign-On (SSO)
Satu sistem pengesahan pengguna Bitrix24 untuk seluruh rangkaian syarikat.
- Membenarkan pekerja menggunakan ID tunggal untuk log masuk ke pelbagai aplikasi dan perkhidmatan, termasuk Bitrix24
- Ideal untuk menjemput pengguna secara pukal, terutamanya untuk syarikat besar dengan beratus-ratus pekerja
- Memudahkan kerja pentadbir sistem anda – tidak perlu mencipta log masuk dan kata laluan berasingan bagi setiap pekerja
Tapak & Kedai
Mencipta dan menyiarkan laman web, halaman penambat dan kedai dalam talian kini lebih mudah dengan Bitrix24 – ini kemas kini terbaru.
- Berpuluh-puluh templat laman web baru dan cantik
- Prebiu laman web anda pada peranti mudah alih sebelum disiarkan
- Kini anda boleh menambah komen dan menyimpan templat kepada Kegemaran