Produk
Blog Terbaru dalam Bitrix24: Buletin November 2023

Terbaru dalam Bitrix24: Buletin November 2023

5 min
886
Dikemas kini: November 13, 2023
Dikemas kini: November 13, 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin November 2023
Sila ambil perhatian bahawa semua artikel yang disebut di sini adalah dalam bahasa Inggeris.

E-mel dalam CRM mudah alih


Kini anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan anda melalui e-mel terus dari CRM mudah alih, kekal berhubung dengan pelanggan anda dan membina kesetiaan pelanggan. Sejarah koresponden akan disimpan dalam borang rekod pelanggan. Hantar atau majukan e-mel, lampirkan fail dan banyak lagi.

Ubah suai menu bawah aplikasi mudah alih Bitrix24


Pilih peralatan untuk dipaparkan sebagai peralatan utama anda di bawah aplikasi mudah alih Bitrix24 untuk menyesuaikan menu mengikut keperluan anda. Anda boleh menetapkan 3-4 peralatan berikut sebagai utama:
  • Chat
  • Suapan
  • Tugas
  • CRM
  • Pengurusan inventori (gudang)
  • Projek
  • Kalendar
  • Automasi Proses Pintar
Begini caranya untuk mengkonfigurasikan peralatan utama dalam aplikasi mudah alih anda.

Dokumen jualan dalam Bitrix24 CRM


Mulai sekarang, anda boleh mencipta dan berkongsi dokumen jualan dalam kedua-dua versi web dan mudah alih Bitrix24. Cipta sebut harga, invois, slip pembungkusan, templat pengesahan pesanan dan automasikan proses jualan.

Kongsi pautan ke dokumen jualan bersama klien dalam beberapa klik. Cetak atau muat turun fail dalam PDF atau DOCX.

Konfigurasikan Pusat Hubungan Bitrix24 yang berintegrasi sepenuhnya dengan Bitrix24 CRM, dan dapatkan hab tunggal untuk memantau aktiviti pelanggan, membalas mesej dan menganalisis prestasi.

Membuat invois dan sebut harga dalam versi web dan aplikasi mudah alih Bitrix24


Bitrix24 sesuai untuk pengurusan kitaran jualan lengkap dan automasi proses. Versi baharu invois Bitrix24 adalah berdasarkan proses pintar. Ia menyediakan lebih banyak penyesuaian dan kemungkinan automasi. Automasikan proses menggerakkan invois antara peringkat, menjana dan menghantar dokumen kepada pelanggan (baca lebih lanjut di sini).

Kini anda boleh membuat invois melalui aplikasi mudah alih Bitrix24 juga. Cipta invois, tambah produk dan jana dokumen terus dalam aplikasi (begini caranya).

Sebut harga ialah penawaran produk atau perkhidmatan dalam CRM yang boleh disimpan sebagai PDF atau die-mel secara langsung kepada pelanggan anda.

Atur pengebilan anda menggunakan ciri-ciri sebut harga dan invois Bitrix24 dalam beberapa klik. Kenakan cukai semasa dan tambah diskaun untuk pelanggan setia. Laraskan sebut harga dan tambah mata wang tempatan.

Membuat sebut harga adalah mudah dan lancar dalam versi web Bitrix24 dan aplikasi mudah alih anda. Anda boleh memuat naik templat sebut harga dalam versi web dan memilih templat yang betul dalam aplikasi mudah alih. Ketahui lebih lanjut dalam artikel bantuan ini.

Automasikan kerja dengan sebut harga melalui peraturan dan pencetus automasi (begini caranya).

Pengurusan Inventori dengan akses mudah alih


Pengurusan inventori dalam talian daripada Bitrix24 membolehkan anda untuk menguruskan stok, mengawal gudang, memantau jualan dan menjejak penghantaran. Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih Bitrix24 untuk memproses inventori.

Baharu dalam aplikasi mudah alih Bitrix24 - penerimaan stok, penghantaran dan hapus kira. Ketahui lebih lanjut megenai ciri-ciri pengurusan inventori yang disediakan dalam aplikasi mudah alih kami dalam artikel-artikel ini: Uruskan beberapa gudang serentak dan dapatkan maklumat terkini melalui perisian pengurusan inventori Bitrix24 dengan akses mudah alih.

Tukar mod CRM dalam aplikasi mudah alih


Aplikasi mudah alih Bitrix24 telah dikemas kini. Mulai sekarang, anda boleh menukar antara mod CRM dalam aplikasi mudah alih anda.

Terdapat dua cara anda boleh bekerja dengan klien dalam Bitrix24 CRM - Simple (tanpa peluang jualan) dan Classic (dengan peluang jualan).

  • Mod Classic CRM lebih sesuai untuk perniagaan atau perusahaan bersaiz sederhana. Dalam senario ini, bakal pelanggan akan ditambah kepada Bitrix24 CRM sebagai peluang jualan.
  • Mod Simple CRM lebih sesuai untuk perniagaan kecil, di mana klien baharu akan ditambah kepada CRM anda sebagai kenalan atau urus niaga.
Mod boleh ditukar dari bahagian Peluang Jualan atau Urus Niaga dalam kedua-dua versi web Bitrix24 CRM dan aplikasi mudah alih.

Tambah video dan shorts YouTube kepada laman Bitrix24 anda


Tambah video dan shorts YouTube kepada Bitrix24 Sites anda dalam beberapa klik. Setkan automain, ulang, bunyi, dll.

Laraskan orientasi video untuk YouTube Shorts anda, daripada mendatar kepada menegak. Ubah ratio aspek dan skalakan video.

Lakukan interaksi dengan penonton anda dengan video YouTube dan jana lebih banyak trafik ke laman web anda. Gunakan pembina laman intuitif berasaskan blok kami untuk mencipta kedai dalam talian yang berintegrasi sepenuhnya dengan Bitrix24 CRM.

Sambungkan Bot Telegram ke Bitrix24 Open Channels


Bot Telegram semakin popular kerana ia menawarkan satu cara mudah untuk ejen jualan berinteraksi dengan klien secara berkesan terus dari CRM pada masa nyata.

Sambungkan Telegram ke saluran terbuka Bitrix24 melalui Telegram Chat bot (begini caranya). Sementara pelanggan boleh menghubungi anda melalui Telegram, perbualan anda akan segera terpapar dalam Bitrix24 Messenger anda. Berkomunikasi dengan klien anda secara berkesan dan jejak sejarah perbualan anda dalam borang rekod CRM yang berkenaan.

Kini anda boleh menyambungkan bot Telegram ke akaun anda terus dari aplikasi mudah alih Bitrix24 (token akses diperlukan, begini caranya untuk mendapatkan token).

Lebih daripada itu, anda boleh menjemput pelanggan ke chat Telegram dari aplikasi mudah alih Bitrix24. Hantar SMS dengan pautan ke bot Telegram kepada klien anda dan mulakan perbualan bilik chat.
Paling Popular
Pengurusan Tugas Mudah Alih Baharu yang Dipertingkat
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
Sesuaikan Pengalaman HR Anda Dengan Bot HR dalam Bitrix24 e-Signature
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Oktober 2023
Bitrix24 baharu. Masa depan dalam tangan anda
Daftar Kandungan
E-mel dalam CRM mudah alih Ubah suai menu bawah aplikasi mudah alih Bitrix24 Dokumen jualan dalam Bitrix24 CRM Membuat invois dan sebut harga dalam versi web dan aplikasi mudah alih Bitrix24 Pengurusan Inventori dengan akses mudah alih Tukar mod CRM dalam aplikasi mudah alih Tambah video dan shorts YouTube kepada laman Bitrix24 anda Sambungkan Bot Telegram ke Bitrix24 Open Channels
Anda juga mungkin menyukai
alat
Webinar
glosari

Free. Unlimited. Online.

Bitrix24 adalah tempat di mana semua orang boleh berkomunikasi, bekerjasama dalam tugas dan projek, mengurus pelanggan dan melakukan lebih banyak lagi.

Mula percuma
Anda juga mungkin menyukai
Daripada Manual kepada Ajaib: Automasi Aliran Kerja Baharu Bitrix24
Daripada Manual kepada Ajaib: Automasi Aliran Kerja Baharu Bitrix24
2 min
Terokai Inovasi: Ikuti Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu dalam Bahasa Inggeris
Terokai Inovasi: Ikuti Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu dalam Bahasa Inggeris
1 min
Aplikasi IQ.Timer & IQ.Leave: Alat Pengurusan Masa Kerja Baharu untuk Syarikat Anda
Aplikasi IQ.Timer & IQ.Leave: Alat Pengurusan Masa Kerja Baharu untuk Syarikat Anda
1 min