Pengguna Bitrix24 yang dihormati,
Sejak keluaran lepas, kami sibuk mengusahakan peralatan, ciri-ciri dan penambahbaikan baru. Pada 23 Oktober, kami telah melancarkan versi Bitrix24 yang baru dan dikemas kini.
Jika anda terlepas pembentangan ini, dapatkan rakamannya di sini:
Bitrix24.Seoul disertakan dengan peralatan yang anda perlukan untuk menjual dari jarak jauh, pemasaran dalam talian dan komunikasi termasuk:
Bawa jualan luar talian anda ke dalam talian dengan Bitrix24.Live Shop, satu widget kecil yang anda letakkan di laman web anda. Strim secara langsung dari kedai anda, tunjukkan demontrasi produk anda dan jawab pertanyaan pelanggan.
Kedai Dalam Talian yang baru menampilkan ciri ‘pembantu peribadi’ untuk memberi pendekatan yang lebih peribadi yang pasti akan disukai oleh pelanggan!
Dengan Bitrix24 yang baru, anda tidak perlu menjadi seorang guru pemasaran untuk melancarkan kempen iklan dengan berjaya di Facebook atau Instagram. Hanya pergi ke Pemasaran CRM dan konfigurasikan iklan anda dalam beberapa langkah mudah.
Dan dengan analisis iklan yang ditambah baik, anda boleh menganalisis keberkesanan pada peringkat kempen, kumpulan iklan, iklan, malah kata kunci.
Sistem ‘fokus automatik’ Tugasan baru kami akan menapis tugasan secara automatik, menjimatkan anda masa dan mengelakkan kerumitan. Kini projek juga lebih mudah untuk dilayari. Semuanya boleh diakses dari satu halaman dan hanya satu klik diperlukan untuk anda melihat bagaimana projek anda sedang berjalan dan melihat fail, tugasan, kemas kini, dll.
Dengan bantuan Persidangan Video Zoom dalam pemesejan dan CRM Bitrix24, anda boleh melakukan mesyuarat dengan pengguna luar, seperti klien, dan rakan sekerja anda. Rakaman panggilan akan disimpan ke Bitrix24.Drive anda.
Kefungsian panggilan video juga telah dipertingkatkan. Kini anda boleh memanggil rakan sekerja anda bukan sahaja dari chat, malah dari tugasan, mesyuarat calendar atau suapan berita.
Bukan itu sahaja, panggilan video kini mempunyai:
Jadikan latar belakang anda ringkas dan kemas dengan mengubah suai tahap kabur.
Kini anda mempunyai lebih kawalan ke atas blok standard dalam editor Tapak web.
Pilih mana-mana blok dan ubahnya dalam apa jua cara yang anda suka: alihkan elemen ke tempat lain, tambah elemen baru atau buang elemen yang tidak diperlukan. Masih tidak cukup bagus? Hanya bina blok super tersuai anda sendiri dari awal!
…semua ini dan begitu banyak lagi dalam Bitrix24.Seoul yang baru!
Kemas kini Bitrix24 yang lain termasuk:
Jemput pelanggan dan rakan niaga ke mesyuarat anda. Ketahui lebih lanjut di sini (dalam Bahasa Inggeris).