Produk
Blog Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan April

Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan April

5 min
2626
Dikemas kini: Mei 3, 2022
Dikemas kini: Mei 3, 2022
Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan April

Scrum dalam Bitrix24


Memperkenalkan peralatan Scrum professional dalam Bitrix24 - backlog, sprint, story point dan banyak lagi (maklumat lanjut di sini). Digabungkan dengan chat kami, mesyuarat dalam talian dan komen, ini akan menjadi penyelesaian pengurusan projek yang sedia dipakai untuk mana-mana pasukan!

- Percuma hingga 5 pasukan
- Pindahkan data dari Jira atau Asana
- Berintegrasi dengan chat dan mesyuarat dalam talian Bitrix24
- Boleh disesuaikan dengan mana-mana perniagaan

Atur kerja pasukan dalam scrum dan tentukan tarikh projek, tempoh sprint, orang yang bertanggungjawab, tag dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Pengurusan stok dalam Bitrix24


Kini Bitrix24 menampilkan keupayaan pengurusan inventori secara menyeluruh. Uruskan stok anda, kawal gudang, pantau jualan dan jejak penghantaran - semuanya dalam satu ekosistem.

- Kebolehjejakan penuh: daripada pembekal kepada pelanggan
- Uruskan banyak gudang melalui satu papan pemuka
- Pengemaskinian pesanan dan inventori masa nyata
- Berintegrasi dengan CRM dan katalog produk Bitrix24

Baca artikel bantuan baru kami tentang pengurusan inventori (sila ambil perhatian bahawa semua artikel ini ditulis dalam bahasa Inggeris):

- Pengurusan inventori - gambaran umum
- Bermula dengan pengurusan inventori
- Cara mengeset semula baki stok
- Pindahkan data dari sistem lain
- Pengubahsuaian stok
- Penerimaan stok - gambaran umum
- Perintah jualan - tip lazim
- Pemindahan stok - gambaran umum
- Hapus kira - gambaran umum
- Pengurusan inventori aplikasi mudah alih - gambaran umum

Invois diperbaharui dalam Bitrix24


Dengan antara muka baharu dan automasi berkuasa, invois kami kini lebih mudah untuk digunakan dan lebih mesra perniagaan - semuanya untuk membantu anda memproses urus niaga dengan lebih cepat.

Reka bentuk borang invois yang baharu adalah serupa dengan borang urus niaga dan termasuk ciri-ciri berikut:

- Automasi
- Bekerja dengan produk
- Bekerja dengan dokumen
- Sistem pembayaran

Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Instant WhatsApp dalam Pusat Hubungan Bitrix24


Sambungkan Instant WhatsApp kepada Saluran Terbuka Bitrix24 untuk membalas pelanggan anda. Maklumat pelanggan dan sejarah komunikasi akan disimpan dalam CRM anda secara automatik.

Bagaimana ia berfungsi? Pelanggan akan membuka widget Bitrix24 di laman web anda, memilih WhatsApp dan kemudian dilencongkan ke WhatsApp peribadi mereka (mudah alih atau desktop). Sebaik sahaja pelanggan menghantar mesej, ejen jualan yang bertanggungjawab akan menerima pemberitahuan, membuka chat yang dicipta secara automatik dalam Bitrix24 (dalam urus niaga yang berkenaan) dan menyambung komunikasi.

Pendaftaran Facebook atau WhatsApp tidak diperlukan untuk menyediakan integrasi ini untuk Bitrix24 anda. Saluran ini sudah bersambung dengan widget atau saluran terbuka anda secara automatik.

Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Penambahbaikan baharu dalam peraturan automatik Bitrix24


Beberapa kemas kini antara muka penting dalam peraturan automasi:

- Tema peraturan automasi dan mod edit
- Menu baharu
- Bar carian
- Memaparkan peraturan automasi dalam borang

Ketahui lebih lanjut bagaimana untuk mengkonfigurasikan peraturan automasi dalam artikel bantuan ini:

- Salin dan alih peraturan automasi antara peringkat, talian paip dan entiti CRM - ketahui lebih lanjut
- Pemboleh ubah dan konstan dalam peraturan automasi - ketahui lebih lanjut
- Edit pemboleh ubah dan operasi matematik - ketahui lebih lanjut
- Peraturan automasi tugasan - ketahui lebih lanjut
- Syarat dalam peraturan automasi - ketahui lebih lanjut

Sila ambil perhatian bahawa semua artikel yang disebut di atas ditulis dalam bahasa Inggeris.

Pengimbas kod bar


Gunakan pengimbas kod bar untuk mencari pelbagai item dalam katalog anda atau menambah produk baru ke dalam sistem pengurusan inventori Bitrix24. Menggunakan aplikasi mudah alih Bitrix24, anda boleh mengimbas kod bar dengan pantas dan maklumat produk akan ditambah kepada penerimaan stok secara automatik.

Untuk menambah beberapa produk yang berlainan, jangan tutup kamera dan terus imbas kod bar. Jika sistem tidak dapat mengenal pasti produk setelah mengimbas, anda akan diminta untuk mencipta item baharu dengan kod bar ini.

Sila baca lebih lanjut tentang cara menggunakan pengimbas kod bar dalam artikel ini (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Analisis BI dalam Bitrix24


Analisis BI adalah satu alat baru yang membolehkan anda menggunakan dua perkhidmatan analisis terkemuka (Microsoft PowerBI atau Google Data Studio) untuk mencipta laporan dalam Bitrix24 berdasarkan data CRM (potensi, urus niaga, penukaran, dll.). Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

- Bekerja dengan Microsoft Power BI dan Google Data Studio
- Sambungan satu klik
- Kemas kini masa nyata
- Laporan visual menyeluruh dalam Bitrix24 anda

Sambungkan sistem analisis dan pindahkan data anda dari Bitrix24. Kemudian cipta laporan dalam Microsoft Power BI ataupun Google Data Studio, siarkannya dalam akaun anda dan kongsinya bersama pasukan anda.

Peningkatan baharu dalam aplikasi mudah alih Bitrix24


Aplikasi mudah alih Bitrix24 telah dikemas kini:

- Tab baharu untuk Chat dan Panggilan, segmen Tugasan dan Projek dan Kerjasama
- Pilihan Cipta projek baharu
- Carian lebih baik
- Log masuk melalui kod QR
- Penghantaran mesej dijamin (walaupun sambungan rangkaian terputus)

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja). Anda boleh memuat turun atau mengemas kini aplikasi mudah alih Bitrix24 dalam App Store atau Google Play.
Paling Popular
Pengurusan Tugas Mudah Alih Baharu yang Dipertingkat
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
Sesuaikan Pengalaman HR Anda Dengan Bot HR dalam Bitrix24 e-Signature
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Oktober 2023
Bitrix24 baharu. Masa depan dalam tangan anda
Daftar Kandungan
Scrum dalam Bitrix24 Pengurusan stok dalam Bitrix24 Invois diperbaharui dalam Bitrix24 Instant WhatsApp dalam Pusat Hubungan Bitrix24 Penambahbaikan baharu dalam peraturan automatik Bitrix24 Pengimbas kod bar Analisis BI dalam Bitrix24 Peningkatan baharu dalam aplikasi mudah alih Bitrix24
Anda juga mungkin menyukai
alat
Webinar
glosari

Free. Unlimited. Online.

Bitrix24 adalah tempat di mana semua orang boleh berkomunikasi, bekerjasama dalam tugas dan projek, mengurus pelanggan dan melakukan lebih banyak lagi.

Mula percuma
Anda juga mungkin menyukai
Daripada Manual kepada Ajaib: Automasi Aliran Kerja Baharu Bitrix24
Daripada Manual kepada Ajaib: Automasi Aliran Kerja Baharu Bitrix24
2 min
Terokai Inovasi: Ikuti Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu dalam Bahasa Inggeris
Terokai Inovasi: Ikuti Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu dalam Bahasa Inggeris
1 min
Aplikasi IQ.Timer & IQ.Leave: Alat Pengurusan Masa Kerja Baharu untuk Syarikat Anda
Aplikasi IQ.Timer & IQ.Leave: Alat Pengurusan Masa Kerja Baharu untuk Syarikat Anda
1 min