Blog Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023

Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023

6 min
1115
Dikemas kini: Februari 27, 2023
Dikemas kini: Februari 27, 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
Sila ambil perhatian bahawa semua artikel yang disebut di sini adalah dalam bahasa Inggeris.

Tugasan Mudah Alih Baharu


Kami telah mengemas kini dan menambah baik tugasan untuk aplikasi mudah alih Bitrix24: kini lebih mudah untuk menavigasi, mengurus dan mengawal tugasan (lagi tentang tugasan mudah alih di sini).

Berikut ialah kemas kini terbaru:

  • Penciptaan tugas dengan pantas dari telefon pintar
  • Komunikasi dalam tugasan (komen baru akan diserlahkan supaya mudah dilihat)
  • Mod fokus tugas: apabila komen baru ditambah kepada tugasan, ia akan ditolak ke bahagian atas senarai tugasan
  • Reka bentuk tugasan lebih baik + UI dioptimum

CRM Proaktif


Pendekatan baharu kepada menggunakan CRM bermakna bahawa sistem kami akan mengingatkan ejen jualan anda tentang aktiviti yang dijadualkan dan belum selesai dalam CRM, menggesa mereka untuk mengambil tindakan. Cuba CRM terulung yang benar-benar membantu ejen jualan menjual. Baca penerangan terperinci tentang bagaimana CRM Proaktif berfungsi.

Ciri-ciri CRM Proaktif:

  • Perkara perlu dibuat
  • Mod autofokus
  • Peringatan untuk aktiviti dalam Urus Niaga
  • Kaunter untuk aktiviti masuk dan mustahak
  • Kaunter untuk kakitangan
  • Senario pengguna ditambah baik

crm.jpeg

CRM Proaktif sesuai untuk

Pengguna baharu - untuk mendapatkan maklumat terkini dengan pantas (membantu mengutamakan urus niaga dan menjadi lebih proaktif).

Pengurus jualan berpengalaman - untuk mengoptimumkan proses jualan (peringatan tentang perkara yang perlu dilakukan dan bila).

Penyelia - untuk menjejak prestasi pasukan jualan (tidak perlu mengumpul laporan rumit daripada wakil jualan anda/lihat aktiviti dan pelan wakil jualan anda hanya dengan melihat kaunter).

Lebih Banyak Kemas Kini dalam CRM kami

Aktiviti pintar urus niaga (artikel bantuan). Jika sesuatu urus niaga tidak mempunyai aktiviti yang dirancang, sistem CRM kami akan menggesa anda untuk mencipta aktiviti supaya urus niaga tersebut tidak tersisih daripada perhatian anda buat masa yang lama.

Kaunter aktiviti baharu (artikel bantuan). Tidak lagi kaunter Tanpa aktiviti, kini ia digantikan dengan lajur Tanpa aktiviti dalam paparan Aktiviti. Terdapat dua jenis kaunter: Masuk dan Dirancang.

Kemas Kini Kalendar


Kalendar Bitrix24 ialah satu aplikasi penjadualan acara dengan tempahan bilik mesyuarat. Sesuai untuk acara dalam talian, luar talian atau hibrid.

Berikut ialah kemas kini terbaru (maklumat lanjut di sini):

  • Kami telah meringkaskan pemilihan Kalendar yang perlu diselaraskan
  • Paparan mingguan dalam Kalendar telah dikemas kini
  • Perubahan dalam paparan Bulanan (jika anda ada banyak acara dalam slot sehari, anda boleh melihatnya dalam paparan padat)
  • Tempoh acara akan dikira secara automatik
  • Bilik Mesyuarat dan perancang Acara dipertingkat

Sila ambil perhatian bahawa kini kami menyokong penyelarasan dua hala antara kalendar Bitrix24 dan iCal anda. Setelah anda mencipta acara dalam salah satu kalendar ini, ia juga akan muncul dalam kalendar satu lagi.

Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Bitrix24 dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda, webinar Pengenalan kepada Bitrix24 ini boleh membantu anda.



Webinar ini memperkenalkan anda kepada ekosistem Bitrix24 dan peralatan asas yang ditawarkan.

Lihat bagaimana untuk mencipta projek kolaboratif, tetapkan tugasan mengikut templat atau melalui kaedah Scrum. Ketahui cara menjadualkan mesyuarat dalam kalendar anda dan membuat persidangan video.

Terokai Bitrix24 CRM - sistem semua dalam satu yang menyimpan data pelanggan dan seluruh sejarah komunikasi, termasuk SMS dan panggilan. Muktamadkan urus niaga dan buat analisis prestasi menggunakan Bitrix24.BI-Analytics. Sediakan peraturan automatik supaya perniagaan anda terus berjalan sewaktu musim cuti dan hujung minggu.

Halaman Automasi Jualan Dikemas Kini


Setiap hari, pasukan jualan anda melalui rutin yang sama: menghantar banyak e-mel, mesej teks, kod QR dan lain-lain secara manual kepada pelanggan berulang-ulang kali. Dengan Bitrix24, anda boleh mengautomasikan proses jualan anda melalui peraturan dan pencectus dan menyiapkan lebih banyak tugas dengan lebih pantas.

Tiada kemahiran menulis kod diperlukan untuk menyediakan automasi ini. Setiap peraturan automasi mempunyai penerangan terperinci yang akan memudahkan anda memutuskan jika ia sesuai dengan skrip kerja anda (maklumat lanjut di sini).

Pencetus (tidak seperti peraturan automasi) tidak melaksanakan operasi, tetapi menjejak tindakan pelanggan dan pengemaskinian CRM (maklumat lanjut di sini).

Peraturan automasi pembantu ialah peraturan tambahan yang tidak melaksanakan tindakan, tetapi mendapatkan maklumat dari pangkalan data CRM anda atau mencipta pautan (cth. mendapatkan maklumat produk atau mencipta pautan pembayaran). Peraturan pembantu digunakan bersama peraturan utama sahaja, ia tidak berfungsi dengan sendiri (maklumat lanjut di sini).

Halaman automasi jualan telah dikemas kini baru-baru ini - kami telah mengelompokkan peraturan automasi untuk kemudahan anda dan menambah satu kotak carian supaya anda boleh mencarinya lebih cepat (lagi tentang halaman automasi dan kemas kini ini).

Servis dalam CRM


Sekarang, selain daripada produk, anda juga boleh menambah servis sebagai entiti berasingan daripada katalog anda. Ini memudahkan perniagaan yang tidak menjual produk fizikal dan fokus secara eksklusif untuk menyediakan servis. Kami telah lebih memudahkan anda untuk menawarkan servis dari segi tawaran, invois dan katalog produk.

Anda boleh menambah servis kepada rekod CRM dan menggunakannya dalam peraturan automasi. Bagaimanapun, servis tidak mempunyai varian dan tidak digunakan dalam pengurusan inventori.

Baca lebih lanjut tentang perkhidmatan dalam artikel bantuan ini.

Temui Freshdesk dengan Integrasi Bitrix24 CRM


Temui integrasi Bitrix24 & Freshdesk baharu yang dibangunkan oleh rakan niaga Emas kami - ADIGITRANS.

Aplikasi ini berfungsi dengan integrasi Facebook oleh Freshdesk. Apabila pelanggan baharu menghubungi halaman peminat Facebook melalui chat atau komen, satu tiket baharu dan kenalan akan dicipta secara automatik.

Dengan tiket Freshdesk lalai, tidak sentiasa mudah untuk memahami sumbernya. Aplikasi integrasi ini akan mengemas kini subjek tiket, jadi anda akan tahu dari mana sumbernya.

Jika anda mengumpul maklumat pelanggan (cth. nombor telefon) dan mengemas kini Fresdesk dengannya, satu bakal pelanggan baru akan dicipta secara automatik dalam Bitrix24 dengan sumber yang ditentukan.

Anda boleh mencari panduan pemasangan di sini.
Paling Popular
Pengurusan Tugas Mudah Alih Baharu yang Dipertingkat
Sesuaikan Pengalaman HR Anda Dengan Bot HR dalam Bitrix24 e-Signature
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Oktober 2023
Bitrix24 baharu. Masa depan dalam tangan anda
Daftar Kandungan
Tugasan Mudah Alih Baharu CRM Proaktif Kemas Kini Kalendar Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu Halaman Automasi Jualan Dikemas Kini Servis dalam CRM Temui Freshdesk dengan Integrasi Bitrix24 CRM
Anda juga mungkin menyukai
alat
Webinar
glosari

Free. Unlimited. Online.

Bitrix24 adalah tempat di mana semua orang boleh berkomunikasi, bekerjasama dalam tugas dan projek, mengurus pelanggan dan melakukan lebih banyak lagi.

Mula percuma
Anda juga mungkin menyukai
Daripada Manual kepada Ajaib: Automasi Aliran Kerja Baharu Bitrix24
Daripada Manual kepada Ajaib: Automasi Aliran Kerja Baharu Bitrix24
2 min
Terokai Inovasi: Ikuti Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu dalam Bahasa Inggeris
Terokai Inovasi: Ikuti Webinar Pengenalan Bitrix24 Baharu dalam Bahasa Inggeris
1 min
Aplikasi IQ.Timer & IQ.Leave: Alat Pengurusan Masa Kerja Baharu untuk Syarikat Anda
Aplikasi IQ.Timer & IQ.Leave: Alat Pengurusan Masa Kerja Baharu untuk Syarikat Anda
1 min